Pertandingan Jackpot disambung semula, hadiah dinaikkan
PENGURUSAN Kolam Ruskijang Park Kemensah ingin memaklumkan kepada semua pemancing bahawa Pertandingan Jackpot yang dihentikan sementara waktu sepanjang bulan September sebagai menghormati Ramadan Al-Mubarak akan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.
Bagi memenuhi permintaan dikalangan kaki pancing khususnya pemancing tetap, pihak pengurusan kolam juga ingin menyampaikan khabar gembira untuk menaikkan hadiah juara Jackpot Mingguan daripada RM300.00 kepada RM500.00 manakala juara Jackpot Bulanan pula akan memperolehi RM1,000.00 berbanding RM500.00 pada sebelumnya.
Sebarang maklumat terkini berhubung pertandingan ini, sila rujuk ke ruangan AKTIVITI di blog ini.
Sekian, terima kasih.
HAMZAH IDRUS
Categories: Jackpot, Pertandingan





Komen terbaru