Rumah > Hadiah, Jackpot, Keputusan, Pertandingan, Spesis Ikan, cabutan bertuah > Raih juara Jackpot Bulanan: Kesabaran Ramri berbaloi

Raih juara Jackpot Bulanan: Kesabaran Ramri berbaloi


30052009461

Kelihatan sebahagian besar kaki pancing yang memenuhi setiap ruang kolam Ruskijang Park bermula dari jam 6.00 petang lagi.

30052009462

Suasana indah kolam Ruskijang Park yang dikelilingi hutan rimba.

30052009463

Ramri memegang ikan tongsan yang dimenangi.

30-05-09_1854

Pemancing tetap kolam ini, Radzi berasal dari Kedah sedang menangguk ikan patin yang berjaya didaratkan.

30-05-09_1847

Pemandangan sisi kiri kolam yang menyaksikan ramai otai pancing berjaya menaikkan ikan pada sebelah petang sebelum 'termenung' menjelang lewat malam.

30-05-09_1846

Kaki pancing sedang bersiap sedia dengan umpan masing-masing memulakan aksi. Kelihatan sebuah rumah kecil di sebelah kanan yang menempatkan surau untuk kemudahan kaki pancing bersembahyang.

MESKIPUN dua kali terlepas peluang menduduki ranking ketika pertandingan Jackpot Bulanan bagi bulan Mei buat seketika, namun ia tidak mematah semangat Ramri untuk mengungguli kejuaraan tersebut apabila berjaya mendaratkan ikan tongsan pada jam 8.25 malam ini sekaligus menghampakan ramai kaki pancing yang mengambil bahagian.

Berat 3.604 kg membolehkan beliau mengaut hadiah wang tunai RM1,200.00 berbanding RM1,000 bulan sebelumnya atas permintaan ramai kaki pancing. Usaha tanpa mengenal erti jemu nyata berbaloi walaupun sering diusik rakan-rakan pancing selepas dua ikan yang diperolehi terdahulu diistyhar marshal tidak ‘bol’. Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi Idrus dan Rubin yang masing-masing menaikkan tongsan seberat 3.315 kg dan 2.700 kg.

KEPUTUSAN PENUH
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK

Juara (RM1,200.00)
RAMRI – Tongsan: berat 3.604 kg
Tempat Ke-2 (RM600.00)
IDRUS
-Tongsan: berat 3.315 kg
Tempat Ke-3 (RM250.00)
RUBIN – Tongsan: berat 2.700 kg
Tempat Ke-4 (RM130.00)
DIN KUEH - : Tongsan: berat 2.655 kg
Tempat Ke-5 (RM80.00)
MIMIE – Tongsan: berat 2.600 kg
Tempat Ke-6 (RM50.00)
EDY – Tongsan: berat 2.455 kg
Tempat Ke-7 (RM50.00)
AZIZOL – Tongsan: berat 2.240 kg
Tempat Ke-8 (RM50.00)
BENSON – Tongsan: berat 2.210 kg
Tempat Ke-9 (RM50.00)
ROSLI S - Patin: berat 2.080 kg
Tempat Ke-10 (RM30.00)
WAHAB - Lekoh: berat 1.530 kg

Penyertaan peserta: 63 orang

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.