Ekoran kejayaan daratkan keli: Impian realiti Asanudin beli peralatan baru

Asanuddin bersyukur hasrat miliki peralatan baru memancing akhirnya menjadi realiti selepas raih wang tunai RM500.00 sebagai juara.
IMPIAN kaki pancing Asanuddin untuk membeli peralatan baru memancing akhirnya menjadi realiti selepas beliau berjaya muncul juara pada pertandingan jackpot mingguan kali ini dengan mengenepikan cabaran 61 peserta lain yang berakhir sebentar tadi.
“Baru-baru ini saya mempunyai hasrat untuk membeli peralatan baru memancing kerana peralatan sedia ada termasuk kekili dan joran agak lusuh tetapi tertangguh kerana sumber kewangan yang tidak mencukupi.
“Dengan kemenangan ini, segala-galanya berubah dan saya akan membeli peralatan tersebut dalam tempoh terdekat ini,” demikian nada ringkas Asanuddin yang kelihatan menadah tangan tanda kesyukuran.
Pada pertandingan ini, Asanuddin yang memiliki kekili Golden V705 dan joran berjenama Runner Timber Wolf Wood berjaya mendaratkan ikan keli seberat 2.585 kg sekaligus mengecewakan ramai kaki pancing terutama Azrol dan Salehudin yang masing-masing menaikkan rohu (2.535 kg) dan lekoh (1.975 kg).
KEPUTUSAN PENUH
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK
Juara (RM500.00)
ASANUDDIN – Keli: berat 2.585 kg
Naib Juara (RM250.00)
AZROL – Rohu: berat 2.535 kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
SALEHUDIN – Lekoh: berat 1.975 kg
Tempat Ke-4
ALAM – Tongsan: berat 1.935 kg
Tempat Ke-5
YAP – Patin: berat 1.675 kg
Tempat Ke-6
EDY – Patin: berat 1.395 kg
Tempat Ke-7
ADY SHAH PUTRA – Patin: berat 1.315 kg
Tempat Ke-8
ROSTAM – Rohu: berat 1.300 kg
Penyertaan peserta: 62 orang





Komen terbaru