Rosli teruja gapai juara

Rosli (kiri) gembira tidak terkata sambil menunjukkan ikan lekoh dinaikkannya sambil diapit A. Nazri yang berada ditempat kedua.
“SAYA merasa amat teruja apabila buat pertama kali muncul juara Jackpot di kolam ini. Tiada ayat mampu diungkap melainkan syukur alhamdulillah. Barangkali semua ini adalah hasil kesungguhan dan berkat rezeki setelah sekian lama mengambil bahagian di kolam ini,” tegas Rosli, anak kelahiran Sarawak.
Meskipun diberi tentangan sengit daripada 58 peserta lain, Rosli menarik nafas lega selepas ikan lekoh yang didaratkan seberat 3.565 kg membolehkan dia menjulang kejuaraan Jackpot Bulanan bagi bulan Jun.
Lekoh tersebut dinaikkan pada jam 7.30 malam sebelum disaingi A. Nazri juga menaikkan spesis yang sama pada jam 9.50 malam, namun ia tidak berupaya menggugat berat lekoh Rosli.
Dengan kejayaan ini, Rosli berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 diikuti rapat Nazri (RM500.00) di tempat kedua manakala tempat ketiga disandang Nasrom selepas menewaskan tongsan seberat 2.875 kg.
Hadiah-hadiah kepada para pemenang disampaikan tuan empunya kolam, Hamzah Idrus.
KEPUTUSAN PENUH
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK
Juara (RM1,000.00)
ROSLI – Lekoh: berat 3.565 kg
Tempat Ke-2 (RM500.00)
A. NAZRI -Lekoh: berat 3.030 kg
Tempat Ke-5 (RM250.00)
NASROM – Tongsan: berat 2.875 kg
Tempat Ke-4 (RM150.00)
PAK DIN - Tongsan: berat 2.740 kg
Tempat Ke-5 (RM100.00)
ZUL SHAH – Tongsan: berat 2.485 kg
Tempat Ke-6 (RM50.00)
TAMAM – Lekoh: berat 2.290 kg
Tempat Ke-7 (RM50.00)
MANAN – Patin: berat 2.255 kg
Tempat Ke-8 (RM30.00)
HASNAN – Lekoh: berat 1.880 kg
Tempat Ke-9 (RM30.00)
KADRI - Patin: berat 1.175 kg
Tempat Ke-10 (RM30.00)
AZRUL - Patin: berat 1.115 kg
Penyertaan peserta: 59 orang





Org same jerkk… xde chance la org lain nak menang hhuhuhu
kasi buat 2 kategori la… beginner ngan expert hahaha
nak menang kene pakai umpan power gile ar, baru bloleh masuk ranking jackpot…ataupon ikan-ikan dalam kolam tu dah kenal umpan yang diorang bancuh sesuai dengan diet ikan dalam kolam tu…
kogsi2 laaa sama2 cari mkn…apa kata
puyu kata leh kongsi, yg lain kata x leh kongsi, hehe