FOTO

Kelihatan ahli Ruskijang Park Pro Club, Shahril sedang meletakkan ikan yang mahu ditimbang sambil diadili Anoy semasa Jackpot Mingguan pada 24 Oktober 2009.

Alahai ikan! mana le korang pergi ni sampai tak jamah umpan power aku ni. Mungkin itulah yang terbisik dikotak fikiran Hazizol yang dianggap otai di kolam ini.

Bukan main gembira sekali abang kita ni siap berjoget lagi. Maklumlah sajalah umpan dan spring terbaru yang digunakan menjadi. Demikian aksi Ismail Jitra pada malam 8 Oktober 2009.

"Alahai patin...cepatlah makan umpan power aku ni. Abang Din pun dah menjerit 10 minit tadi. Tak ada nasib le aku malam ni." mungkin itulah yang difikirkan Edy semasa memancing pada malam 29 Jun 2009 sambil ditemani isteri tersayang.

Kelihatan Ramri dan Ady Cepoi sempat bergambar kenangan sebelum mereka mengambil bahagian dalam pertandingan Jackpot.

"Tak dapat naikkan ikan, dapat siang ikan kawan-kawan jadi le." seloroh Din N sambil dibantu Bob sebaik sahaja berakhir sesi Jackpot.

Din teruja dengan ikan lekoh bersisik emas seberat melebihi 4 kg yang dinaikkan pada malam 22 Mei 2009 lalu.

Asanuddin bersama ikan patin yang didaratkan ketika memancing pada 1 Mei 2009.

Tongsan seberat melebihi 5kg dinaikkan pada 19 April 2009 menyuntik semangat Abai untuk terus memancing.

Dari kiri ialah Kadri diikuti Yap, Din dan Adi Cepoi memperagakan hasil tangkapan mereka ketika memancing pada 18 Februari 2009.

ABAI...mempamerkan dua ekor lampam yang berjaya didarat pada 12 Februari 2009.

Anak kepada pemancing tetap, Rosli mengangkat patin seberat hampir 5kg yang berjaya dinaikkan pada malam 17 Januari 2009.

Rosli sedang membuang mata kail dari mulut tongsan yang dinaikkan manakala Azrul turut berjaya mendaratkan baung pada masa yang sama ketika Jackpot Mingguan pada 3 Januari 2009 lalu.

Kelihatan beberapa ahli Kelab Jiwa Kacau Fan Club termasuk Kadri (dua dari kiri) diikuti Tipah, Ady Shah Putra dan Mazlan sedang mengambil bahagian dalam Jackpot Bulanan Disember 2008 baru-baru ini.

Kelihatan Ramri (bertopi) dan Nik (baju kuning) menanti dengan penuh kesabaran untuk menaikkan ikan semasa pertandingan Jackpot Mingguan.

Pemancing tetap yang juga 'Raja' kolam, Ismail begitu serius memerhati ke arah joran semasa menyertai pertandingan Jackpot.

Bergaya....bermacam-macam aksi mencuitkan dapat dilihat semasa rakan-rakan turun memancing disini. Tengoklah gaya Nordin sambil ditemani Haikal.













Komen terbaru