INFO KAMI

HISTORIKA
RUSKIJANG FISHING PARK merupakan sebuah kolam memancing ikan air tawar dalam hutan yang amat popular di ibu kota Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.
Kolam yang dibina pada tahun 1998 ini pada awalnya diusahakan untuk menternak ikan jelawat tetapi ditukar menjadi kolam memancing berikutan potensi dan hasrat ramai kaki pancing yang pernah datang memancing sejak beberapa tahun lalu.
Terdapat pelbagai spesis ikan yang mampu ditawan oleh kaki pancing antaranya, rohu, tongsan, lekoh, lampam, talapia, pacu, baung, haruan dan keli.
Lazimnya sesiapa yang pernah bertandang ke sini selalunya pasti tersenyum dengan hasil tangkapan. Jika bernasib baik, kaki pancing mampu ‘mendaratkan’ ikan berkuantiti 2 kilogram ke atas yang sudah tentu memberi tentangan habis-habisan sebelum melabuh di tepian kolam selain menikmati kedinginan suasana yang seolah-olah anda berada di Genting Highlands atau Bukit Fraser terutamanya di kala waktu malam menjelma.
WAKTU MEMANCING
Hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis – mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Hari Jumaat, Sabtu, & Cuti Am – mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 pagi keesokkannya.
BAYARAN MEMANCING
2 jam – RM15.00
3 jam – RM20.00
6 jam – RM30.00
Jam seterusnya – RM5.00 (dikenakan setiap sejam tambahan)
LOKASI
Penghujung Kampung Kemensah (kira-kira 4km dari belakang Zoo Negara Hulu Kelang)
Sila klik peta lokasi disini
KEMUDAHAN
Disini terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung termasuk sebuah gerai makan minum serta jualan umpan yang boleh diperolehi dari kuanter dengan harga berpatutan.

Pelbagai menu makanan dan minuman disediakan digerai ini.
AKTIVITI
Jackpot Mingguan
Diadakan pada setiap malam minggu mulai jam 8.00 malam hingga 12.30 pagi dengan hadiah wang tunai bergantung kepada penyertaan peserta. Senarai juara mingguan akan dibawa ke pertandingan Jackpot Bulanan.
Jackpot Bulanan
Lazimnya diadakan pada setiap awal atau akhir bulanan bermula dari jam 6.30 petang hingga 12.30 pagi. Pemberitahuan akan dimaklumkan oleh pengurusan kolam dua minggu lebih awal dari tarikh hari pertandingan menerusi ruangan Aktiviti Kolam di blog ini.
Pertandingan Hari Kebesaran
Umpana sambutan Hari Tahun Baru Cina, Hari Kebangsaan dan sebagainya. Pemberitahuan akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi blog ini.






Komen terbaru